Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Rumah Pangsa PPR (Program Perumahan Rakyat) Bersepadu Senawang adalah merupakan sebuah kawasan perumahan kos rendah yang terletak bersebelahan dengan Taman Jasmin. PPR Senawang yang mula didiami pada tahun 2007 mempunyai 24 blok bangunan dengan jumlah rumah sebanyak 420 buah. Setakat awal April 2012 jumlah penduduk beragama Islam di sini ialah sekitar 4000 orang termasuk kanak-kanak.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Jom Sertai Digi Academy: Digital Literacy Programme

Berita Terkini | Ogos - November 2018


Kepada peserta yang berminat untuk menyertai bengkel ini, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus Pusat Internet yang terpilih.

JAMUAN HARI RAYA SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 24 Jun 2018

Jamuan raya ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan sesama ahli di PI PPR Senawang di samping menyambut hari raya bersama-sama....baca selanjutnya

KUIZ BULAN RAMADHAN BERSAMA ANAK-ANAK PPR SENAWANG

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2018

Kuiz ini dijalankan untuk memberikan kesedaran tentang keindahan bulan ramadhan dan juga mempelajari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa....baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT NILAI

Aktiviti Terkini | 07 April 2018

Program ini diadakan adalah untuk melatih para petugas PI1M bagaimana mengendalikan pemadam api dengan betul dan memadam api dengan cara yang betul. Ia juga mengajar menggunakan pemadam api yang sesuai sekiranya berlaku kebakaran di PI1M atau di rumah. Program ini juga memberi pengetahuan dan langkah-langkah keselamatan dan pencengahan sekiranya berlaku kebakaran....baca selanjutnya

BENGKEL MOBILE TO MOVIE

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018

Bengkel Mobile To Movie ini mengajar pelajar dari komuniti PPR Senawang dan juga ahli PI1M PPR Senawang dalam menghasilkan video pendek. Berkonsepkan nasihat, video pendek dapat dihasilkan oleh sekumpulan adik-adik ahli PI1M PPR Senawang....baca selanjutnya

E-Waste – Kempen Kitar Semula

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2018

PI1M PPR Senawang menjadikan kempen kitar semula untuk memupuk sifat menjaga alam sekitar pada komuniti setempat. Tercetus idea ini apabila perbincangan bersama KRT PPR Senawang untuk menjaga kawasan sekitar PPR Senawang menjadi lebih bersih. Dengan idea ini, PI1M PPR Senawang akan membuat kempen secara kecil-kecilan mengenai kitar semula dan juga modul advokasi E-waste....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI - WORD SEARCH & COLOURING

Aktiviti Terkini | 28 Januari 2018

Program ini dijadikan sebagai 1 platform yang baharu dalam menyampaikan modul KDB yang lebih menarik dan menyeronokkan...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti