Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Rumah Pangsa PPR (Program Perumahan Rakyat) Bersepadu Senawang adalah merupakan sebuah kawasan perumahan kos rendah yang terletak bersebelahan dengan Taman Jasmin. PPR Senawang yang mula didiami pada tahun 2007 mempunyai 24 blok bangunan dengan jumlah rumah sebanyak 420 buah. Setakat awal April 2012 jumlah penduduk beragama Islam di sini ialah sekitar 4000 orang termasuk kanak-kanak.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017


JAMUAN AKHIR TAHUN DAN GOTONG-ROYONG

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2016

Perlaksanaan jamuan akhir tahun dan gotong-royong ini adalah salah satu platform, bertujuan bagi mengeratkan hubungan yang erat diantara komuniti PPR dan Staff PI1M... baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | September - November 2016



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

3R (Recycle, Reuse, Reduce) - DIY

Aktiviti Terkini | 20 November 2016

3R(Recycle, Reuse, Reduce) diadakan bagi memberi kesedaran kepada komuniti mengenai pentingnya mengitar bahan-bahan terbuang untuk digunakan semula disamping mengurangkan bahan-bahan sisa pepejal. Disamping melibatkan penyertaan MYKIF video dibawah program MCMC... baca selanjutnya

KUIZ KDB & MOBILE E-WASTE

Aktiviti Terkini | 30 Oktober 2016

Perlaksanaan KDB & MOBILE E-WASTE ini sebagai salah satu platform memberi ilmu dan pendedahan kepada komuniti mengenai menggunakan internet secara selamat di samping menjadi pengguna yang bijak... baca selanjutnya

PERTANDINGAN SEARCH & PASTE SCRAPBOOK MALAYSIA DAY

17 September 2016 | Aktiviti Terkini

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun. Tujuan mengadakan pertandingan SEARCH & PASTE SCRAPBOOK MALAYSIA, bagi memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada tarikh yang sama pada tahun 1963... baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M PPR SENAWANG

18 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Hari Terbuka PI1M PPR SENAWANG diadakan bagi mempromosi dan memperkenalkan lagi Pusat Internet pada komuniti PPR SENAWANG di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara komuniti dan staff PI1M... baca selanjutnya

Pertandingan : Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016

Aktiviti Terkini | Ogos - September 2016



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

PERTANDINGAN MENCIPTA KAD RAYA & JAMUAN HARI RAYA

23 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Tujuan mengadakan pertandingan mencipta kad raya dan mengadakan jamuan Hari Raya, bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara Staff PI1M dengan komuniti di kawasan PPR Senawang... baca selanjutnya

E-Tadarus Al-Quran

18 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Tujuan bagi mengadakan aktiviti E-Tadarus ini, bagi memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai teknologi ICT kepada komuniti disamping mereka melakukan amal ibadat dengan menggunakan aplikasi-aplikasi yang boleh membantu mereka sebagai rujukan tambahan... baca selanjutnya

ONLINE CHESS

22 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Meransang daya pemikiran yang kreatif dan mengeratkan hubungan antara Staff PI1M dengan komuniti di kawasan PPR Senawang... baca selanjutnya

GUBAHAN TUALA / KAIN PELEKAT

23 April 2016 | Aktiviti Terkini

Tujuan mengadakan aktiviti gubahan tuala atau kain pelekat ini, bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara Staff PI1M dengan komuniti di kawasan PPR Senawang... baca selanjutnya

COLORING ONLINE BERSAMA KANAK-KANAK TABIKA KEMAS PPR SENAWANG

10 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Memberi pendedahan kepada anak-anak tadika PPR Senawang mengenali PI1M PPR SENAWANG sebagai salah satu platfom bagi proses pembelajaran mereka. .. baca selanjutnya

PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA

28 Februari 2016 | Aktiviti Terkini

Membantu peserta dari segi memberi tumpuan dalam menyelesaikan sesuatu masalah... baca selanjutnya

Contest : Speeding Typing

31 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Memberi pendedahan dan peransang kepada para peserta mengenai penggunaan menaip dengan kaedah yang betul dan bersaing secara sihat... baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan... baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian... baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan... baca selanjutnya